Teknik revisionis berniat politik Revisionisme_sejarah_(negasisme)

Mereka yang bukan ahli sejarah kekadang menghadapi masalah untuk membezakan buku sejarah yang diterbitkan oleh ahli sejarah ilmiah yang sedang membuat ulasan sebaya daripada buku laris yang ditulis oleh "penulis sejarah amatur". Justeru, sehingga David Irving didapati bersalah dalam saman mengfitnah Deborah Lipstadt, selain daripada "memalsukan sejarah", orang awam tidak sedar bahawa buku-bukunya adalah di luar daftar karya sejarah yang boleh diterima.[4] Perbezaan antara jenis-jenis buku sejarah bersandarkan teknik penyelidikan yang digunakan untuk menulis sejarah sedemikian; ketepatan dan penyemakan adalah amat sangat penting terhadap kesarjanaan sejarah. Sebagaimana dengan mana-mana disiplin saintifik, ahli sejarah diperlukan menyerahkan kertas kerja mereka untuk ulasan sebaya. Bagaimanapun, daripada berbuat demikian, para revisionis menulis semula sejarah bagi mendukung sesuatu agenda yang biasanya bersifat politik dengan menggunakan pelbagai teknik dan falasi logik bagi memperoleh kesimpulan yang diingini.